◉ HEADLINES

PN tiada hak kritik saya: Pak Ya

Yahya, yang dikenali sebagai Pak Ya merasakan beliau lebih bersih daripada orang lain

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon kontroversi Permatang, Mohd Yahya Sahri, yang mewakili gabungan PH-BN menyelar Perikatan Nasional (PN) kerana mengkritiknya disebabkan dia pernah menjalani hukuman penjara sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah dipenjarakan dulu.

Jelasnya sabitan kes dan hukuman berkenaan yang telah dilaksanakan sepenuhnya itu, tidak bermakna beliau tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri.

Malah, Yahya, yang dikenali sebagai Pak Ya berkata, beliau adalah rakyat Malaysia yang lebih bersih dari orang lain.

“Itu proses yang biasa sebab saya sah bertanding, saya rakyat Malaysia yang jauh lebih bersih dari orang lain. Apakah orang yang tidak pernah dihukum itu jauh lebih bersih?

“Bapa kepada calon PN (di Permatang) mungkin kotor daripada saya, mana kita tahu? Jadi belum tentu (bersih) sebab dia tidak melalui proses itu,’’ katanya kepada Scoop ketika dihubungi.

Bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu merujuk kepada lawannya di kerusi DUN Permatang yang mewakili PN, Nurul Syazwani Noh, anak kepada bekas pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Yahya yang berusia 57 tahun itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan selepas gagal dalam rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan terhadap kesalahan menipu pada 4 Mac 2016.

Hukuman berkenaan kini dijadikan sebagai bahan kempen oleh lawannya dengan menggunakan slogan ‘Adakah anda mahu bekas banduan mewakili anda?.

Yahya yang mendakwa telah terlibat dalam bidang politik sejak Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi pada 2009 berkata beliau tidak merasakan dirinya menjadi liabiliti kepada PKR.

Apabila ditanya sama ada beliau merupakan individu terbaik untuk bertanding mewakili PH-BN di kerusi berkenaan, Yahya berkata:
“Saya tak boleh cakap macam tu, nanti saya terlalu membanggakan diri. Namun presiden parti (Anwar) memilih saya dan saya berbesar hati diamanahkan dengan tugas ini, maka saya menawarkan diri untuk memberikan perkhidmatan di Permatang.

Pada pilihan raya negeri 2018, Permatang dimenangi oleh Rozana Zainal Abidin dari PH dengan majoriti lebih 1,158 undi. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related