◉ HEADLINES

Dakwaan keselamatan Sanusi terancam sekadar raih simpati

Namun, Khairuddin berkata, rakyat semakin celik untuk tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini dalam arena demokrasi

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS didakwa sedang mengembangkan naratif kononnya keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terancam dan wujud perancangan jahat terhadap pemimpin itu bagi menarik simpati rakyat.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia adalah provokasi berniat jahat dalam saingan politik sihat, selain untuk mencipta kebencian terhadap lawan.

“Pendakwaan berlaku melibatkan kesalahan menghina Sultan Selangor. Perbicaraan sudah ditetapkan lambat lagi selepas PRN (Pilihan Raya Negeri),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, kecurian unsur nadir bumi (REE) sememangnya perlu diambil tindakan menurut lunas undang-undang.

“Ada pun dalam pilihan raya, kita bersaing tanpa memerlukan provokasi melibatkan keselamatan seseorang,” katanya.

Khairuddin berkata, sekiranya benar berlaku keselamatan Sanusi terancam dan wujud perancangan jahat terhadap pemimpin itu, beliau sendiri akan tampil mempertahankannya daripada kezaliman.

“Tetapi rakyat semakin celik untuk tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini dalam arena demokrasi,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Sanusi tidak muncul pada ceramah di Kedah malam tadi, selepas dikatakan dinasihat supaya ‘berhenti sementara’ daripada program seperti itu.

Keputusan berkenaan dibuat selepas ada pihak didakwa ‘memasang perangkap’ untuk menjatuhkannya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Sanusi didenda RM500,000 tahun lalu kerana kesalahan mencuri REE.

Jelasnya, denda itu dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ke atas Sanusi selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

Namun, MBI Kedah menerusi kenyataan menuntut Saifuddin memperbetulkan kenyatannya dalam isu berkaitan REE, selain berhenti daripada terus menyebarkan dakwaan mengelirukan umum. – 7 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related