◉ HEADLINES

Mahfuz tuntut Sanusi bayar RM10,000

RM10,000 dia tak bayar lagi, saya hairan dia mengaji (belajar) pandai nampaknya dia tidak tahu kira berapa sebenarnya diumumkan Hakim Mahkamah Persekutuan

12:18 PM MYT

 

ALOR SETAR — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menuntut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar baki hutang RM10,000 kepadanya.

Mahfuz berkata, Sanusi masih berhutang kepadanya dalam bentuk kos guaman ketika kalah kes saman terhadap dirinya. 

“Saya tunggu dia telefon saya nak belanja mi abu sebab nak mintak RM10,000 lagi dia hutang saya. 

“RM10,000 dia tak bayar lagi, saya hairan dia mengaji (belajar) pandai nampaknya dia tidak tahu kira berapa sebenarnya diumumkan Hakim Mahkamah Persekutuan. 

“RM10,000 itu kos mahkamah Rayuan yang dimaklumkan peguam saya,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO negeri , di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, Sanusi diminta untuk membayar jumlah berkenaan kerana beliau kini berdepan tindakan saman oleh taikun Tan Sri Vincent Tan sebanyak RM200 juta. 

“Saya biar lama dan saya harap dia bayar takut saman RM200 juta tak dapat bayar jadi minta dia bayar RM10,000 saya dahulu,” kata Mahfuz. 

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Sanusi melalui akaun Facebooknya pada 30 Julai tahun sama mengaitkan beliau dalam isu pemindahan premis judi ke kawasan itu.

Pada 3 April lalu, Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah kes itu, selain Mahfuz memohon untuk menaikkan saman terbabit daripada RM50,000 kepada RM120,000 dan perlu membuat permohonan maaf.

Panel hakim sama menolak rayuan Sanusi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November 2021 yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Mahfuz selepas membenarkan saman fitnah Mahfuz. – 9 Ogos, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related