◉ HEADLINES

Menteri Luar China adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia

Lawatan keenam Wang ke negara ini akan memberi peluang terbaik kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa

10:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Luar China Wang Yi akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini dan dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata lawatan keenam Wang ke negara ini selaku Menteri Luar akan memberi peluang terbaik kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Lawatan ini juga akan mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai bidang kerjasama untuk manfaat bersama,” menurut kenyataan itu.

Wang yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar akan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun depan, menandakan persahabatan yang telah lama terjalin dan kerjasama mantap dalam pelbagai sektor.

Menurut Wisma Putra selama lebih sedekad, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan tahun lepas bernilai RM487.13 bilion (US$110.62 bilion), meningkat 15.6 peratus berbanding 2021. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related