◉ HEADLINES

MB Kelantan ditukar jika PAS menang, Sanusi kekal

'Bagi perubahan di Kelantan, PAS akan mengemukakan gabungan kepimpinan baharu iaitu tokoh agamawan dan tokoh teknokrat': Takiyuddin

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS mencadangkan perubahan gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar di Kelantan sekiranya parti itu kekal memerintah di negeri berkenaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bagaimanapun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akan dikekalkan jika gabungan Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di dua negeri itu.

Menurut beliau, keputusan itu tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan di kedua-dua negeri itu.

“Bagi perubahan di Kelantan, PAS akan mengemukakan gabungan kepimpinan baharu iaitu tokoh agamawan dan tokoh teknokrat.

“Ia juga tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Rusila, Terengganu, semalam.

Pada masa sama, Takiyuddin turut menggesa semua pengundi di enam negeri untuk mengundi PAS dan Perikatan Nasional (PN), esok.

“Pilihlah pemimpin yang prihatin, bersih dan berkebajikan dari PAS dan PN. Saya berharap proses pilihan raya di enam negeri akan berjalan dengan aman dan lancar,” katanya.

Kelantan ketika ini dipimpin dua agamawan iaitu Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar manakala Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Timbalannya. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related