◉ HEADLINES

Sultan Selangor selamat tiba di tanah air selepas jalani prosedur perubatan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menyambut ketibaan baginda berdua memaklumkan bahawa Sultan Selangor kelihatan sihat dan ceria

1:52 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat tiba di tanah air selepas menjalani prosedur perubatan di London, United Kingdom.

Keberangkatan tiba baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang turut disertai Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan baginda berdua dalam catatan di laman Facebooknya memaklumkan bahawa Sultan Selangor kelihatan sihat dan ceria.

“Syukur Alhamdulillah, urusan perubatan Tuanku Sultan Selangor berjalan dengan baik dan lancar. Baginda turut kelihatan sihat dan ceria.

“Patik dan sekalian rakyat sentiasa mendoakan agar Tuanku berdua dilanjutkan usia dalam kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keafiyatan semoga Tuanku kekal qarar bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua,” katanya.

Sultan Sharafuddin yang berangkat ke London, United Kingdom pada 28 Julai lepas selamat menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) di sebuah hospital di ibu kota tersebut. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related