◉ HEADLINES

Henti amalan minta, beri komisen dalam projek pembangunan: PM

Lebih baik 'peruntukan komisen' berkenaan dipulangkan kepada rakyat dengan mewujudkan banyak pembangunan projek seimbang

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu amalan meminta dan memberi komisen dalam mana-mana pelaksanaan projek pembangunan termasuk projek perumahan dihentikan segera.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana syarikat daripada menjalankan operasi mereka dan memperoleh keuntungan, namun amalan memberi komisen kepada mana-mana menteri atau parti politik tidak seharusnya berlaku.

“Ada keuntungan (syarikat) tiada masalah, tapi janganlah potong RM10 juta atau RM15 juta untuk pak menteri atau parti seperti amalan sebelum ini, ini yang merosakkan. Saya faham ramai yang marah saya kerana menyinggung hal ini tapi semua orang tahu, tanyalah pemaju Wilayah Persekutuan.

“Adakah saya betul atau salah, atau saya sengaja membesar-besarkan atau saya bercakap benar? Hakikatnya semua mengakui ini telah menjadi amalan. Jadi kita harus hentikan amalan buruk ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi di sini hari ini. 

Perdana Menteri berkata adalah lebih baik “peruntukan komisen” berkenaan dipulangkan kepada rakyat dengan mewujudkan banyak pembangunan projek seimbang meliputi pembinaan projek perumahan bagi rakyat berpendapatan rendah dan pusat-pusat penjaja yang lebih tersusun.

Merujuk ibu negara, Kuala Lumpur yang kini berkembang pesat dan dipacu pembangunan, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan menetapkan syarat agar dalam pembinaan projek perumahan baharu, ia perlulah seimbang bagi mewujudkannya sebagai ibu kota prihatin, ibu kota Madani.

Beliau berkata ini bagi memastikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah tidak disisihkan daripada arus pembangunan, manakala kerajaan dan pihak swasta berperanan penting dalam memastikan lebih banyak perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dibina. 

Bagi meningkatkan lagi daya huni bandar raya itu, Anwar berkata kawasan lapang dan kawasan hijau di sekitar projek perumahan perlulah diwujudkan atau dikekalkan agar tidak hanya menjadi hutan kota, selain pemaju perlu mewujudkan pusat atau gerai penjaja yang sistematik bagi memudahkan rakyat.

“Saya nak satu anjakan besar bahawa dalam satu dua tahun orang tahu Kuala Lumpur terkenal dengan mercu tanda baik, hotel besar dan gerai yang bersih dan ada tahap keindahan,” katanya. 

Terdahulu, Anwar merasmikan majlis pecah tanah di kawasan seluas 1.4 hektar yang menyaksikan  sebanyak 1,010 unit rumah mampu milik, iaitu Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI, bakal ditawarkan kepada kumpulan sasar M40 dan ke bawah yang belum memiliki kediaman.

Turut hadir pada majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related