◉ HEADLINES

Mayat mangsa tidak sempurna kesan pesawat berkecai: Ketua Polis Selangor

Mangsa dihantar ke Hospital Klang, proses bedah siasat akan disiapkan sepantas mungkin

9:00 PM MYT

 

SUBANG – Mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, post mortem secara terperinci sedang dilaksanakan pihaknya di Hospital Klang dan proses itu akan diselesaikan secepat mungkin.

“Keadaan mangsa tidak sempurna (disebabkan) kesan daripada pesawat itu berkecai.

“Mangsa (post mortem dilakukan) di Hospital Klang, proses bedah siasat akan siapkan sepantas mungkin,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada lessen syarikat pesawat persendirian Jet Valet Sdn Bhd akan digantung, Norazman memaklumkan, masih terlalu awal untuk tindakan itu diambil susulan siasatan terperinci sedang dilakukan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa syarikat itu mempunyai lesen perkhidmatan udara serta juruterbangnya memiliki lesen untuk menerbangkan pesawat.

“CAAM akan bagi respons terbaharu selepas mendapat dokumen penting. Hasil siasatan awal kita, syarikat itu memiliki lesen perkhidmatan udara.

“Bagi siasatan bahagian operasi, masih terlalu awal untuk kita memberi maklum balas. Siasatan terperinci sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, Syarikat Jet Valet Sdn Bhd mengesahkan menerima laporan berhubung insiden sebuah pesawat milik syarikat itu yang terhempas di Elmina, Shah Alam, petang tadi.

Syarikat pengendali pesawat berkenaan memaklumkan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu, dan akan memberi komitmen penuh serta kerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut termasuk Datuk Seri Johari Harun yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Pahang. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related