◉ HEADLINES

Nahas Pesawat: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat: Dr Zaliha

Pasukan itu memerlukan masa untuk proses pengecaman awal bagi beberapa mayat berikutan keadaannya yang tidak sempurna

11:42 PM MYT

 

KLANG – Ada mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, petang tadi, masih boleh dikenal pasti identitinya, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata berdasarkan laporan awal daripada pasukan Kementerian Kesihatan di lapangan, pasukan itu memerlukan masa untuk proses pengecaman awal bagi beberapa mayat berikutan keadaannya yang tidak sempurna berikutan impak daripada nahas itu.

“Laporan kita terima di lapangan, ada jasad atau jenazah yang boleh dicam dan dalam keadaan tidak terjejas …ada yang perlukan masa…kita dengar ada cebisan (mayat) tetapi tidak pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa bersama keluarga mangsa nahas pesawat berkenaan di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam ini.

Dr Zaliha berkata seramai 20 hingga 30 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) ditugaskan di Jabatan Forensik HTAR bagi proses bedah siasat serta pengecaman mayat.

Ditanya berhubung berapa lama jangkaan proses pengecaman akan mengambil masa, Dr Zaliha berkata ia bergantung kepada keadaan mayat yang akan diterima pasukan forensik.

“Perkara pertama yang dilakukan apabila mayat sampai adalah proses pengecaman awal diikuti bedah siasat dan setelah selesai, barulah mayat diserahkan kepada ahli keluarga.

Kita tidak pasti berapa lama masa akan diambil, namun kita akan cuba selesaikannya secepat mungkin supaya keluarga dapat membawa mayat mangsa untuk pengurusan pengebumian,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata KKM akan menyediakan bantuan daripada Jabatan Psikiatri KKM untuk memberi sokongan moral serta bantuan psikososial kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara yang berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, kira-kira 2.50 petang tadi.

Katanya, turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.

Bagaimanapun, Loke berkata identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related