◉ HEADLINES

Tayammum, renjisan air, antara kaedah pengurusan jenazah tidak sempurna: Mufti

Walaupun Islam menuntut untuk jenazah diuruskan segera, namun dalam keadaan luar biasa atau darurat, maka terdapat kelonggaran

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kaedah tayammum, renjisan atau melalukan air ke atas jenazah atau cebisan mayat, merupakan antara cara yang boleh digunakan bagi pengurusan jenazah Islam yang tidak sempurna.

Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata sekiranya hanya terdapat cebisan mayat, maka ia wajib dikumpulkan sebelum dimandikan dengan cara menyiram atau melalukan air ke atas jenazah, sebelum dikafan, disembahyangkan dan dikebumi.

“Sekiranya memandikan dengan air, sembur atau renjis boleh menyebabkan cebisan mayat makin rosak, maka pada ketika itu boleh tayammumkan sahaja cebisan tersebut, bergantung kepada nasihat doktor atau pegawai perubatan mengenai keadaan mayat tersebut,” katanya ketika menjadi tetamu program terbitan Bernama Radio dengan topik Nahas Pesawat: Garis Panduan Pengurusan Jenazah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini memaklumkan, hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Sungai Buloh, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna.

Mayat sempurna yang ditemukan merupakan penunggang motosikal.

Sementara itu Bungsu berkata, walaupun Islam menuntut untuk jenazah diuruskan segera, namun dalam keadaan luar biasa atau darurat, maka terdapat kelonggaran yang membolehkan perkara tersebut ditangguh.   

“Misalnya secara lazim jenazah wajib disegerakan, namun dalam keadaan seperti memerlukan pengesahan DNA dan bedah siasat yang mengambil masa lama dan menyebabkan pengurusan jenazah tertangguh, maka ia dibolehkan oleh syarak,” katanya. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related