◉ HEADLINES

Angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor Isnin ini

Turut mengangkat sumpah pada hari yang sama ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco)

6:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan Isnin ini di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 11 pagi.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, turut mengangkat sumpah pada hari yang sama ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor pada hari Isnin ini.

“Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada 21 Ogos 2023 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 2 petang,’’ kata kenyataan berkenaan. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related