◉ HEADLINES

Nahas Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan

Mana-mana pinhak yang mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau gambar relevan, diminta tampil mengemukakannya kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU)

12:47 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran perumahan Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian terbabit.

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi kenyataan memaklumkan, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), dimulakan pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sejak hari insiden berlaku.

“Tujuan utama penyiasatan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan menyelamatkan nyawa serta mengelakkan kemalangan sama pada masa hadapan,” katanya.

Kenyataan MOT itu memaklumkan, penyiasatan dilaksanakan itu, tidak bertujuan membuktikan kesalahan atau liabiliti. 

Justeru, kementerian itu memohon bantuan orang awam atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau gambar relevan, tampil mengemukakan bahan berkenaan kepada BSKU bagi membantu kerja siasatan insiden terbabit.

Bahan berkenaan boleh dihantar melalui emel [email protected] atau hubungi talian khas BSKU di 03-8892 1235 (Leftenan Kol Juma’in Saadon TUDM).

MOT juga memohon kerjasama orang awam yang berada berdekatan tempat kejadian dan menyaksikan kemalangan terbabit, berhubung dengan BSKU melalui emel atau talian berkenaan bagi membantu siasatan.

Selain itu, MOT merayu kepada orang awam untuk tidak menyebarluaskan imej dan video mangsa yang terkorban dalam kemalangan udara terbabit.

Menurut kenyataan sama, perbuatan sedemikian akan menimbulkan kekeliruan dan spekulasi yang bukan sahaja menganggu siasatan insiden, malah menyinggung perasaan keluarga serta waris mangsa.

Seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), dengan nombor pendaftaran N28JV berkenaan.

Pesawat itu terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran kawasan perumahan Seksyen U16 di Bandar Elmina, Shah Alam pada kira-kira jam 2.40 petang kelmarin.

Mangsa terdiri daripada seorang penunggang p-hailing, seorang pemandu kereta dan lapan penumpang serta kru pesawat, termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun. – BERNAMA, 19 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related