◉ HEADLINES

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu mangsa nahas pesawat

Adlina Aisyah adalah balu Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Adlina Aisyah Ahmad Rusli, balu Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, sumbangan itu diserahkan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendi Zairakithnaini dalam kunjungan ke kediaman Adlina Aisyah, di sini semalam.

Adlina Aisyah, 41, pernah bertugas sebagai Pegawai Pentadbir (Sumber Manusia) di Istana Negara dari 2011 hingga 2015.

Dalam kunjungan itu, Azuan Effendi turut menyampaikan ucapan takziah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada Adlina Aisyah dan keluarga atas pemergian mengejut suami tersayang.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berdukacita dan menzahirkan harapan agar Adlina Aisyah dan keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini. 

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Idros merupakan pegawai Kerajaan Negeri Pahang yang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah Raub sebagai pegawai penguat kuasa, namun bercuti tanpa gaji awal tahun ini selepas berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Dalam insiden pada Khamis lepas, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor, mengakibatkan 10 individu termasuk Johari maut. 

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Pesawat itu yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum mendarat. – 19 Ogoss, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

◉ Related