◉ HEADLINES

KPM siasat kes pelajar OKU dibuli guru

Semua pihak termasuk sekolah yang terlibat sudah dikenal pasti dan pelbagai pihak dilibatkan untuk memastikan isu itu dilihat secara menyeluruh

12:47 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang dibuli oleh gurunya di sekolah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata semua pihak termasuk sekolah yang terlibat sudah dikenal pasti dan pelbagai pihak dilibatkan untuk memastikan isu itu dilihat secara menyeluruh. 

“Insya-Allah kami akan tangani mengikut proses kerja… setakat ini kes dalam siasatan dan kami akan pastikan proses itu berlangsung dengan baik,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 KPM, di sini hari ini. 

Semalam media tempatan melaporkan, seorang pelajar perempuan OKU di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah didakwa sering dibuli seorang guru wanita sehingga mengalami trauma. 

Pada masa yang sama, Fadhlina meminta orang ramai untuk menggunakan semua saluran yang disediakan seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) dan platform media sosial kementerian untuk membuat aduan berkenaan kes buli atau aduan umum lain.

“Kami nak jemput masyarakat untuk menggunakan saluran yang betul supaya kami dapat tangani semua isu dengan lebih efisien dan efektif berdasarkan proses dan alur kerja kita,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai rungutan ibu bapa bahawa silibus ketika ini dilihat susah dikuasai para murid, Fadhlina berkata KPM melihat isu itu dengan serius.

“Untuk itu, sesi libat urus berkenaan kurikulum sekolah akan diadakan melibatkan semua pihak sebagai persediaan bagi penukaran silibus baharu yang biasanya dibuat setiap 10 tahun sekali dan silibus baharu seterusnya akan dilaksanakan pada 2027,” katanya.

Namun katanya, ibu bapa harus diberi pemahaman bahawa soalan-soalan di sekolah hanya melibatkan lima peratus soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. 

“Kita kena adil kerana ada anak-anak yang mempunyai kemahiran sedikit tinggi berbanding rakan-rakan lain, jadi lima peratus soalan itu untuk anak-anak yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi ini manakala soalan yang lain itu boleh mereka kuasai mengikut peringkat umur mereka,” katanya. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related