◉ HEADLINES

Jangan jadikan semua perkara sebagai jenaka, Wanita PKR ingatkan Sanusi

Perbuatannya mengetuk kepala seorang wanita dengan gulungan kertas adalah tidak beradap dan seolah-olah meremehkan martabat serta maruah seorang wanita

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu menjaga adab apabila ingin bergurau dengan rakyat dan tidak menormalisasikan semua perkara sebagai jenaka.

Justeru, kata Pemangku Ketua Penerangan Wanita PKR, Noraini Nordin, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah perlu memohon maaf kerana perbuatannya mengetuk kepala seorang wanita dengan gulungan kertas adalah tidak beradap dan seolah-olah meremehkan martabat serta maruah seorang wanita.

“Walaupun Sanusi menjelaskan tindakannya mengetuk kepala seorang wanita muda dengan kertas adalah sekadar bergurau, tetapi ia tetap suatu kesalahan dari segi adab kerana individu tersebut adalah seorang yang sudah dewasa. Sedangkan anak kecil pun tidak boleh kita perlakukan begitu, apatah lagi kepada seorang wanita.

“Bukan saja wanita muda terbabit terasa dimalukan apabila diperlakukan demikian malah keluarga dan ibu bapanya juga pasti tidak senang hati sama. Cuba bayangkan jika anak perempuan Sanusi sendiri diperlakukan seperti itu, apa yang beliau rasa?” soalnya menerusi kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi 18 saat yang menunjukkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu bergurau kasar dengan memukul kepala seorang wanita menggunakan kertas.

Kejadian tersebut turut disambut gelak tawa orang sekeliling yang menganggap ia sebagai jenaka biasa. Bagaimanapun reaksi di media sosial adalah berbeza malah Sanusi menerima kecaman hebat daripada netizen.

Sanusi sebelum ini dilaporkan cuba mempertahankan dirinya apabila menjelaskan perbuatan itu hanyalah sekadar gurauan dalam menegur pelajar itu kerana lambat memohon bantuan.

Mengulas lanjut, Noraini yang juga Pengarah Komunikasi Wanita PKR berkata, tindakan dilakukan Sanusi itu menggambarkan sikap kepimpinannya yang kasar dalam melayani rakyat jelata, terutama wanita.

“Sebagai Menteri Besar Kedah atau ketua kerajaan negeri, perbuatan Sanusi itu tambah tidak kena. Begitukah cara dan layanan beliau dalam melayan rakyat dalam urusan yang bukan berkaitan keluarga, sebaliknya atas urusan rasminya sebagai Menteri Besar?

“Wanita PKR juga ingin mengajak semua kaum wanita di negara ini bersuara membantah perbuatan Sanusi demi mempertahankan maruah wanita secara keseluruhannya. Jika bukan wanita membela maruah wanita, siapa lagi,” katanya. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related