◉ HEADLINES

Selepas Nabila Huda, Sharifah Sakinah pula komen tentang Nad Zainal, ‘dah boleh padam kot…’

Hantaran lama itu adalah luahan isi hati Sakinah terhadap Nad sewaktu dia dilaporkan tidak sedarkan diri serta dirawat di ICU

4:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kecewa dengan kenyataan Nad Zainal, pelakon Sharifah Sakinah berhasrat memadam satu hantaran lama ditujukan khas kepada isteri Engku Ismail itu yang juga salah seorang teman rapatnya sebelum ini.

Hantaran tersebut adalah luahan isi hati Sakinah terhadap Nad sewaktu dia dilaporkan tidak sedarkan diri serta dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman paru-paru pada hujung tahun lalu.

“Dah boleh padam kot hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain. Di situ tiada radar. Ucapkan kata-kata dari hati, letakkan kaki anda di bumi. Fikiran narsistik anda, kata-kata palsu dan tindakan penafian akan menjadi takdir anda,” tulisnya dengan penuh makna tersirat.

Sakinah berkongsi perkara itu di Instagram miliknya dan hantaran terbaharu itu bagaimanapun mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya.

Tindakan dan hantaran terbaharunya itu semakin menguatkan lagi desas-desus bahawa hubungan Nad bersama beberapa rakan baiknya iaitu Sherry AlHadad, Nabila Huda dan Sakinah sendiri memang sedang dilanda krisis.

Desas-desus tersebut mula timbul sebaik sahaja Nad pulih sepenuhnya dan kemudian mendirikan rumahtangga bersama Engku Ismail.

Terdahulu, komen berbaur sarkastik yang ditinggalkan Nabila Huda dalam sebuah hantaran Instagram memaparkan temu bual Nad bersama pihak media turut menarik perhatian ramai.

Menerusi komen itu, Nabila bertanya tentang individu dalam video berkenaan seolah-olah tidak mengenali Nad.

“Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?,” tulisnya.

Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Dalam video itu, Nad mengakui dia tidak mahu ambil pusing mengenai isu bermasam muka dengan rakan industri.

Sebaliknya, dia berkata, mahu fokus pada kehidupan berumahtangga yang baru dibina, apatah lagi dia kini sedang hamil dan kandungannya sudah memasuki trimester ketiga. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related