◉ HEADLINES

Umat Islam perlu jadi model peranan dalam segala aspek kehidupan: Mohd Na’im

Umat Islam sejati memiliki keperibadian yang seimbang dan tidak terlalu ekstrem

11:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam perlu menjadi model peranan bagi semua manusia dalam segala aspek kehidupan bermula daripada keperibadian mulia, integriti, rohani dan duniawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ini kerana umat Islam sejati memiliki keperibadian yang seimbang dan tidak terlalu ekstrem.

“Dia adalah pendukung amalan belas kasihan, amat bertimbang rasa, sentiasa menghulurkan bantuan dan sering menguatkan antara satu sama lain serta menggalakkan kerjasama dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan aluan pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Mohd Na’im juga berkata memupuk perpaduan dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama bukan mudah namun ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksana dengan penuh beramanah.

Beliau berkata al-Quran telah membentangkan pelbagai formula Rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara.

“Konsep Malaysia MADANI digarap dan dijadikan sebagai pelantar untuk masyarakat terus mengorak langkah memperkukuh rasa kebersamaan dan saling berukhuwah.

“Pelan Transformasi al-Falah turut dibangunkan sebagai inisiatif untuk bersama-sama mendukung dan merealisasikan gagasan Malaysia MADANI,” katanya.

Justeru, Mohd Na’im berkata program penghayatan al-Quran seperti Majlis Tilawah dan Hafazan di peringkat antarabangsa yang sudah memasuki edisi ke-63 akan sentiasa diangkat menjadi acara rasmi di peringkat negara.

MTHQA bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia MADANI’ anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berlangsung selama enam hari bermula 19 Ogos lepas membabitkan dua kategori iaitu pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran 30 juzuk. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related