◉ HEADLINES

Kerajaan tak pernah paksa orang bukan Islam hafal himpunan hadis – Anwar

Inisiatif itu (penerbitan hadis) adalah untuk orang Islam terutama anak muda kerana penting untuk mereka menguasai dan memahami Islam,' : Anwar

4:32 PM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Perpaduan tidak pernah memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami himpunan Hadis 40 Imam Nawawi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sebaliknya modul penghayatan hadis itu hanyalah untuk guru serta pelajar beragama Islam, dan inisiatif menerbitkan semula koleksi hadis berkenaan adalah usaha untuk memupuk kefahaman agama itu dalam kalangan umat Islam sendiri, terutamanya golongan anak muda.

“Inisiatif itu (penerbitan hadis) adalah untuk orang Islam terutama anak muda kerana penting untuk mereka menguasai dan memahami Islam, jadi orang bukan Islam jangan salah faham.

“Mendalami ilmu agama adalah bersandarkan kepada Al-Quran, Hadis dan kupasan ulama muktabar,” katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan bersama jentera Kerajaan Perpaduan di sini, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika mengadakan lawatan ke Iskandar Puteri hari ini. – Gambar Facebook, 25 Ogos, 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia pada 19 Ogos lepas melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.

Modul itu akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.

KPM dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan inisiatif menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi adalah usaha untuk memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.

Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Bagaimanapun inisiatif itu menjadi polemik, terutama dalam kalangan penganut bukan Islam.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar meminta penganut agama lain tidak meremeh usaha untuk meningkatkan keyakinan umat Islam terhadap agama.

“Jangan minta kami yang Islam ini untuk meremehkan keyakinan terhadap agama kami, kerana kami tidak minta saudara-saudara (bukan Islam) merendah dan meremehkan agama lain,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri juga mahu usaha meningkatkan fahaman Islam dalam kalangan anak muda dipertingkat agar tidak menjadi generasi yang dangkal ilmu serta mengelak daripada menjadi mangsa kepada golongan penunggang agama. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related