◉ HEADLINES

Dua lelaki ditahan, pukul pekerja kedai makan lambat ambil pesanan

Hasil semakan mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis menahan dua lelaki disyaki memukul dua pekerja kedai makan kerana pesanan lambat disediakan dalam kejadian di sebuah kedai  makan di Jalan Perhentian Haji Salleh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata dalam insiden kira-kira 6 pagi itu, seorang lelaki bertindak memaki hamun dan memukul pekerja berkenaan menggunakan penyapu setelah pesanannya tidak dapat disiapkan segera berikutan kedai baru dibuka.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudian datang bersama seorang rakannya pada 8.30 pagi dan sekali lagi memaki hamun pekerja dan merosakkan peralatan di gerai tersebut hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM12,000. 

“Bertindak atas panggilan MERS 999, pihak polis telah menghantar sepasukan anggota dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) ke tempat kejadian sebelum kedua-dua suspek ditangkap di kedai bersebelahan dengan tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ahmad Sukarno berkata polis turut merampas sebatang cota dan satu topi keledar yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Beliau berkata hasil semakan mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

Kedua-duanya akan dibawa ke mahkamah esok untuk direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan Seksyen 427 kanun sama kerana perbuatan khianat. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related