◉ HEADLINES

Ibu hamil diberi vaksin Tdap bermula tahun depan

Usaha membabitkan peruntukan tahunan RM25 juta itu, bagi mengurangkan risiko jangkitan pertussis dalam kalangan bayi berumur kurang daripada lima bulan

7:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua ibu hamil termasuk bukan warganegara akan diberikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) yang dijangka bermula tahun depan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, inisiatif baharu dijalankan kerajaan itu, bagi mengurangkan risiko jangkitan pertussis dalam kalangan bayi berumur kurang daripada lima bulan di negara ini.

“Bayi bawah lima bulan adalah kumpulan paling berisiko tinggi mendapat jangkitan pertussis serta mengalami komplikasi penyakit tersebut, seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian.

“Perkara ini berlaku kerana antibodi dalam tubuh bayi, hanya mencapai tahap perlindungan optimum apabila lengkap menerima tiga dos vaksin pertussis yang diberikan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan ketika berumur lima bulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehingga 23 Ogos lalu, sebanyak 343 kes pertussis dilaporkan dengan 173 kes (50.4 peratus) adalah bayi berumur di bawah lima bulan.

Daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan itu, sebanyak 24 kematian dicatatkan dengan 19 daripadanya berlaku dalam kalangan bayi berumur di bawah lima bulan.

Justeru, Dr Zaliha berkata, pemberian vaksin Tdap kepada ibu hamil, akan memberi perlindungan kepada bayi bermula dari dalam kandungan sehingga bayi lahir dan dapat melengkapkan tiga dos primer vaksin pertussis pada umur lima bulan.

Katanya, perlindungan itu didapati melalui antibodi dari tubuh ibu yang dipindahkan kepada bayi sejak dalam kandungan.

“Inisiatif baharu ini melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM25 juta bagi meliputi anggaran 500,000 ibu hamil di seluruh negara pada setiap tahun. KKM kini sedang membuat perancangan rapi pelaksanaan pemberian vaksin Tdap.

“Apabila dilaksanakan kelak, semua ibu hamil termasuk bukan warganegara akan diberikan satu dos vaksin Tdap ketika trimester kedua atau ketiga kehamilan (antara tempoh kehamilan 13 hingga 36 minggu) secara percuma di fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

“Pelaksanaan dijangka bermula tahun depan setelah urusan perolehan vaksin Tdap selesai, dengan bekalan tersedia di fasiliti kesihatan KKM,” katanya. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related