◉ HEADLINES

Harmoni akan diaktifkan semula, jadi medium perbincangan pemimpin soal agama serta kaum: Na’im

Pihaknya akan melaksanakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi proses pengaktifan jawatankuasa itu pada kadar segera

9:15 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengaktifkan semula Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang berperanan sebagai medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan secara bersama antara beliau dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan dianggotai pemimpin agama utama dalam negara.

Jawatankuasa Harmoni ditubuhkan pada 14 Ogos 2020 namun tidak aktif sejak kebelakangan ini.

Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Muhibbah Merdeka Bersama Pemimpin-pemimpin Agama di sini hari ini, Mohd Na’im berkata pihaknya akan melaksanakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi proses pengaktifan jawatankuasa itu pada kadar segera.

“Jawatankuasa Harmoni ini diharapkan dapat berfungsi sebagai badan perundingan rasmi bagi para pemimpin agama utama di Malaysia memberikan input terbaik dan mencadangkan program yang praktikal untuk dilaksanakan demi memperkukuhkan persefahaman serta keharmonian hidup beragama dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Pada majlis hari ini, 20 wakil daripada pelbagai pertubuhan utama berasaskan agama dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia, hadir antaranya wakil pertubuhan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism; Buddhist Association; Christian Federation Malaysia; Malaysia Hindu Sangam; Sikh Federation; dan Persatuan Tao Malaysia.

Mohd Na’im berkata antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah memperkasakan program Dialog Antara Tamadun sebagai pendekatan bagi memperkukuhkan keharmonian hidup beragama dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

“Pendekatan dialog bagi meningkatkan kefahaman dan mengatasi kekeliruan akan diperkasakan menerusi pelaksanaan seminar, penerangan dan penerbitan bahan ilmiah,” katanya yang turut menyifatkan pertemuan itu membuktikan semangat persefahaman dan kerjasama yang utuh dalam kalangan pemimpin agama di negara ini. 

Pada majlis itu juga, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz menyerahkan memorandum kepada Mohd Na’im supaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan JPM (Hal Ehwal Agama) mencari jalan penyelesaian kepada isu pentadbiran agama Islam menerusi bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah agar pertikaian bidang kuasa yang disepakati sebelum ini tidak berulang.

Antara yang dicadangkan ABIM menerusi memorandum itu ialah jalan penyelesaian yang dirintis seharusnya menjurus kepada langkah pengharmonian kedua-dua bidang kuasa iaitu Syariah dan Sivil, dalam masa yang sama meneruskan usaha memperkasakan Mahkamah Syariah. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related