◉ HEADLINES

Anggota Rela meninggal dunia ketika perbarisan sambutan Hari Merdeka di Seremban

Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan masalah jantung dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

6:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan sempena sambutan Hari Merdeka peringkat Negeri Sembilan di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, lelaki yang berusia 53 tahun itu dikatakan mengalami serangan jantung ketika melakukan lintas hormat kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan masalah jantung dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, anggota Rela itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di Negeri Sembilan,’’ katanya. – 31 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related