◉ HEADLINES

Alat muzik tradisional pelbagai kaum galakan perpaduan

Pengunaan alat muzik tradisional pelbagai kaum dalam persembahan tradisional mampu menggalakkan perpaduan dan kepelbagaian dalam kalangan rakyat Malaysia

7:50 AM MYT

 

KUCHING – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu pelajar meneroka lebih banyak cara untuk menggabungkan penggunaan alat muzik tradisional pelbagai kaum dalam persembahan kesenian mereka bagi menggalakkan lagi perpaduan dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata budaya perpaduan baharu boleh dipupuk dalam kalangan pelajar berbilang kaum di sekolah jika mereka diberi ruang menampilkan kreativiti dengan memainkan pelbagai jenis alat muzik tradisional dalam sesuatu persembahan seperti alat muzik sape Orang Ulu Sarawak dengan gendang tradisional Cina.

Berucap ketika merasmikan majlis penutupaan Kejohanan Sukan Bola Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia ke-10 di sini malam tadi, Abang Johari berkata persembahan oleh kumpulan pelajar pada majlis itu yang membawakan lagu terkenal Iban, “Bekikis Bulu Betis” dengan menggabungkan petikan sape dan pukulan  gendang telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencetuskan idea budaya baharu itu.

“Semasa sedang duduk, saya cari satu perkataan yang boleh menggambarkan acara malam ini dan perkataan itu ialah ‘sadrum’ (kombinasi sape dan dram)…budaya baharu iaitu seorang pelajar suku kaum tempatan bermain dram dan menyanyi ‘Bekikis Bulu Betis’. Ini adalah anugerah yang terbaik pada 31 Ogos ketika kita meraikan Hari Kebangsaan,” katanya.

Menurutnya rakyat Sarawak mudah menyesuaikan diri dengan budaya itu kerana mereka memiliki  tahap toleransi yang tinggi walaupun hidup dalam masyarakat berbilang kaum.

Lebih 2,000 pelajar, bersama guru dan ibu bapa daripada 65 Sekolah Menengah Persendirian Cina terlibat dalam kejohanan lima hari itu yang bermula Isnin lepas. – 1 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related