◉ HEADLINES

Ingatan kepada pempengaruh ‘awas bahaya ghibah’, jangan gosip dan mengumpat

Ghibah juga adalah menceritakan atau melakonkan sesuatu yang buruk yang ada pada diri orang lain dan selain itu ia juga bermakna mengumpat

3:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pempengaruh diingatkan supaya tidak mengisi kandungan yang dimuatnaik di media sosial dengan menceritakan tentang kesilapan orang lain atau memaparkan kesalahan hingga menimbulkan rasa malu pada pelaku kesalahan tersebut meskipun ia hanya kesalahan kecil.

Ingatan berkenaan disebut di dalam khutbah di semua masjid di Selangor hari ini.

Berdasarkan teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan tajuk “Pempengaruh, awas bahaya ghibah!’, ia menyebut bahawa perbuatan mengumpat atau gosip tersebut disebut ‘ghibah’.

“Ghibah juga adalah menceritakan atau melakonkan sesuatu yang buruk yang ada pada diri orang lain dan selain itu ia juga bermakna mengumpat.

“Gosip boleh berlaku melalui lisan, tulisan atau melalui bahasa isyarat dan walaupun yang dibicarakan itu betul pada orang tersebut, ia adalah ghibah yang diharamkan dan jika yang dibicarakan itu tidak benar, ia adalah fitnah,’’ demikian kandungan khutbah berkenaan.

Menerusi khutbah itu juga, ia memberitahu bahawa dunia sosial hari ini mudah terdedah kepada gosip dan mengumpat sama ada melalui Facebook, Telegram serta sebagainya dan apabila dikirim kepada orang lain ia menjadi fitnah.

Justeru ia menasihatkan pempengaruh menggunakan pengaruh yang ada bagi menggalakkan pengikutnya di media sosial supaya menyebar dan melakukan kebaikan, menggalakkan pengikut supaya berakhlak mulia dan menjaga adab di media sosial serta menjauhi sifat-sifat mazmumah.

Pada masa sama, mereka tidak mencetuskan perselisihan faham dan persengketaan yang berpanjangan.

Justeru daripada khutbah yang disampaikan itu, umat Islam hendaklah menjaga hubungan baik sesama manusia yang merupakan tuntutan selepas daripada keimanan kepada Allah dan Hari Kiamat.

“Selain itu umat Islam juga wajib meninggalkan perbuatan ghibah iaitu mengumpat, bergosip dan menyebarkan keburukan orang lain terutama sekali di media sosial dan hendaklah sedar bahawa mulut adalah antara punca utama yang menyebabkan manusia itu menjadi penghuni neraka,’’ kata khutbah itu. – 1 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related