◉ HEADLINES

Tindakan tegas terhadap pihak apikan sentimen kaum, agama: PM

Anwar berkata, tindakan itu bukan menjadi pilihan kerajaan kepada mana-mana pemimpin, namun ia harus dilaksanakan bagi menjamin keharmonian

8:42 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kerajaan Perpaduan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, khususnya pembangkang yang memainkan sentimen agama dan kaum sehingga menyebabkan perpecahan masyarakat di negara ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya tegas untuk melaksanakan perkara itu bagi mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja membabitkan Melayu.

Beliau memaklumkan, tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan itu bukan menjadi pilihan untuk dikenakan kerajaan kepada mana-mana pemimpin, namun ia harus dilaksanakan bagi menjamin keharmonian. 

“Jika kamu kritik Perdana Menteri untuk dikenakan Akta Hasutan, saya tidak setuju namun jika kamu sentuh Sultan Selangor, Sultan Kedah ataupun Sultan Johor. Saya bagitahu saya tidak akan campur. 

“Biar polis, Jabatan Peguam Negara, mahkamah buat kerja… senang sahaja cerca orang. Apa kamu pakai jubah serban boleh hina orang… saya nak bagitahu dia kata Anwar tidak mengapa tapi (kalau) kamu sentuh agama, perkauman, saya akan ambil tindakan. 

“Kritik kerajaan ada hadnya, guna sentimen hasut orang Melayu benci Cina, hasut semua kata kami ini macam kafir… saya tegas saya takkan bertolak ansur. Cukuplah, kita perlu tolak fahaman jumud perkauman dan agama yang sempit,” katanya pada Ceramah Perdana P161 Pulai di sini, malam tadi.

Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana PRK Parlimen Pulai di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Tampoi, Johor Bahru, malam tadi, menerima sambutan cukup meriah. – Gambar Scoop, 4 September, 2023

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihak tidak bertanggungjawab, terutama pembangkang tidak perlu membangkitkan isu terbabit untuk menakutkan orang Melayu.

Menurutnya, sentimen agama serta kaum adalah dua perkara sangat sensitif dan tidak boleh disentuh, memandangkan ia adalah tonggak keamanan sesebuah negara, khususnya Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan mengutamakan dua perkara itu, malah berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, termasuk parti komponennya, Umno, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil keputusan belajar daripada kelemahan dahulu. 

“Sebab itu orang korup cukup takut, penyakau semua berkumpul (sebagai) satu pasukan nak halang kita… hari-hari bermimpi nak ambil alih kerajaan, Jun, Julai, Ogos tak jadi ambil kerajaan.

Dia boleh mimpi dan kita akan tumpu kerja selamatkan negara dan rakyat,” katanya. – 4 September, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related