◉ HEADLINES

Tuduhan kes Yayasan Akalbudi: Pendakwaan mohon henti prosiding, Zahid mungkin dilepas tanpa dibebas

Keputusan itu mengikut peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan

11:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memohon memberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dibicarakan atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi diasaskan Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan, Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding dihadapi pemimpin itu, sekali gus memberi kesan beliau dilepas tanpa dibebaskan.

Katanya, keputusan itu mengikut peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid melalui 47 pertuduhan itu dengan mengemukakan 11 alasan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related