◉ HEADLINES

Saya tak dapat gelaran ‘datuk’ tetapi gelaran nenek ada la: Ziana Zain

Menurut Ziana, tidak terlintas di fikirannya untuk mendapatkan sesuatu sebaliknya bidang muzik adalah ‘periuk nasinya’

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi terkenal, Ziana Zain menyangkal dakwaan bahawa dia telah menerima gelaran ‘datuk’ seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagram Hlive, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana memaklumkan dia turut terkejut apabila menerima banyak mesej ucapan tahniah daripada rakan-rakan.

“Saya sebenarnya sangat geli hati. Pagi-pagi lagi dah dapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan. Saya kata, saya tak ada dapat gelaran datuk, gelaran nenek ada la.

“Saya pun tak tahu macam mana mereka boleh wujudkan cerita sebegini. Saya tak marah tapi geli hati,” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook apabila ada laman yang mengumumkan bahawa Ziana Zain kini bergelar Datuk. – Gambar media sosial, 6 September, 2023

Ditanya adakah dia mengharapkan untuk mendapat gelaran ‘datuk’ memandangkan sudah lama berkecimpung dalam industri muzik dan memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang berkenaan, Ziana berkata:

“Saya tak pernah mengharapkan apa-apa. Bagi saya kerja saya adalah satu tanggungjawab. Bila kita kaji balik tentang kerja kita, rupanya kerja kita ini banyak menggembirakan orang.

“Ini adalah periuk nasi saya. Saya tak pernah terlintas di fikiran untuk masuk industri demi mendapatkan sesuatu.

“Apa pun gelaran yang orang bagi, itu adalah satu anugerah dan rezeki. Dapat atau tidak, saya tak pernah merungut. Kerana motif saya masuk ke dalam industri seni ini adalah untuk mencari rezeki,” ujarnya.

Terdahulu, tular di Facebook apabila ada laman yang mengumumkan bahawa Ziana Zain kini bergelar datuk. – 6 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related