◉ HEADLINES

Syarikat telekomunikasi sokong insentif pascabayar Rahmah untuk pengamal media

9:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan YES hari ini menzahirkan sokongan mereka terhadap Insentif Pascabayar Rahmah untuk Pengamal Media sempena sambutan Hari Malaysia. 

Pengendali telekomunikasi terbabit dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan bahawa insentif itu selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI selain menunjukkan sokongan kepada pengamal media Malaysia.

“Insentif ini, dalam bentuk rebat sekali beri selama sebulan bagi September, akan disediakan kepada lebih 10,000 pengamal media yang memegang Kad Perakuan Media yang aktif daripada Jabatan Penerangan Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu juga menyebut bahawa syarikat telekomunikasi terbabit akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan bagi menyokong ketersambungan dan keperluan digital rakyat. – 7 September, 2023 

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related