◉ HEADLINES

Putus cinta dengan doktor, Sophia Albarakbah tak mahu fikir soal cinta lagi, lebih selesa ditemani kucing

Sophia juga memberitahu dia telah menutup pintu hatinya kepada mana-mana lelaki dan mahu fokus dengan kerjaya seninya

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah, 30, mengakui sudah putus cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan seorang doktor.

Dua tahun menjalin hubungan, Sophia akui sangat perit untuk melalui fasa perpisahan kerana dia merupakan seorang yang agak susah untuk jatuh cinta.

“Saya kalau boleh tak mahu cakap banyak soal perpisahan ini kerana kurang gemar berkongsi tentang kehidupan peribadi saya.

“Apa yang boleh saya katakan, walaupun sudah berpisah, kami masih tetap berkawan. Sejujurnya saya susah untuk rasa suka atau selesa dengan seseorang. Bila saya sayangkan seseorang itu, saya akan berikan komitmen.

“Sebab itulah, saya dah tak mahu fikir soal cinta lagi selepas ini. Biarlah saya fokus dengan kerjaya seni saya sahaja,” katanya ketika ditemui di butik Aigner Pavilion Kuala Lumpur sempena pelancaran koleksi terbaru musim luruh dan sejuk.

Sophia turut menafikan tubuhnya semakin susut akibat putus cinta. – Gambar Scoop/Helmi Anuar, 8 September, 2023

Ditanya adakah jejaka yang cuba mendekatinya sejak berpisah, kata Sophia ada yang sudah mula-mula mencuba, namun dia telah menutup pintu hatinya buat masa ini.

“Saya tidak bersedia untuk kenal orang lain lagi. Bukanlah nak kata saya serik bercinta, tetapi buat masa ini saya perlu lindungi hati saya terlebih dahulu. Biarlah saya bersama dengan kucing-kucing saya sahaja,” ujarnya.

Ditanya adakah dia kurus kerana sedang berpatah hati, Sophia berkata dia juga tak perasan bahawa berat badannya telah susut.

“Mungkin putus cinta pun salah satu faktor juga. Saya kurang selera untuk makan. Tetapi mungkin sebab saya amalkan diet juga. Saya pun tak perasan saya dah kurus. Sampailah ada kawan-kawan yang tegur kata saya dah semakin kurus.

“Sebagai perempuan sudah tentu saya rasa gembira juga bila berjaya kurangkan berat badan. Bila keluar kaca televisyen, selalunya kita akan kelihatan 30 peratus lebih besar daripada bentuk asal,” kongsinya.

Pada majlis yang sama, Aigner turut mempersembahkan himpunan koleksi terbaru mereka sempena musim luruh dan sejuk bagi tahun 2023. Antara yang menjadi tumpuan adalah beg ikonik iaitu The CYBILL Bag Stretch yang hadir dalam empat warna yang memukau. Tidak ketinggalan koleksi untuk para jejaka menerusi beg yang diberi nama Nico yang lebih kasual dan sporty.

Barisan selebriti yang turut hadir di Butik Aigner, Pavilion, Kuala Lumpur, dari kiri Hariz Hamdan, Datin Elvina dan Nadia Brian. – Gambar Scoop/Helmi Anuar, 8 September, 2023

Turut hadir pada acara berkenaan ialah barisan selebriti terkenal dalam dan luar negara antaranya Nabila Huda, Datin Elvina, Amber Chia, Whulandary, Azrel Ismail, Doktor Say Shazril, To’ Puan Syamim Farid, Tong Bing Yu, Nadia Brian dan ramai lagi. – 8 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related