◉ HEADLINES

Michael Ang kongsi resepi nasi ayam ‘claypot’ halal

Menurutnya, resepi tersebut satu alternatif untuk mendapatkan rasa hampir sama dengan resepi asal tanpa menggunakan wain Cina

8:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas tular isu sebuah premis makanan nasi ayam claypot (Claypot Chicken Rice) di Sri Petaling yang diragui status halalnya, pengarah dan pelakon popular, Michael Ang berkongsi resepi hidangan tersebut tanpa menggunakan wain Cina.

Michael berkongsi resepi itu di akaun Instagram miliknya sebagai pilihan kepada mereka yang ingin merasai nasi ayam tersebut tanpa menggunakan alkohol.

“Ini adalah bahan-bahan yang anda perlukan untuk nasi ayam ‘claypot’ tanpa menggunakan wain Cina. Tapi rasa dia tetap macam ada letak wain Cina.

“Bahan-bahan yang saya tambah untuk mendapatkan rasa tersebut adalah bawang kecil, bawang putih, gula putih dan jus halia.

“Cuma tak ada bau arak tu sahaja. Nanti suruh mereka cipta spray bau macam arak dan sembur benda tu,” katanya.

Semalam media melaporkan tular tindakan seorang peniaga didakwa menggunakan bahan dikhuatiri tidak halal di dalam masakannya, sekali gus menerima kecaman ramai.

Makanan dijual peniaga itu baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pempengaruh media sosial membuat ulasan makanan nasi ayam claypot yang dijual peniaga terbabit di sebuah restoran.

Difahamkan peniaga berkenaan mendakwa makanan yang kebiasaannya dimakan bangsa Cina itu dijadikan versi halal supaya pelanggan Islam turut dapat menikmatinya.

Bagaimanapun, ada pengguna media sosial mendakwa, peniaga itu sebelum ini menggunakan bahan tidak halal di dalam masakannya, iaitu wain untuk memasak. – 9 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related