◉ HEADLINES

PH menang DUN Simpang Jeram

8:42 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman memperoleh 13,844 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya (10,330 undi) dan calon bebas, S. Jeganathan memperoleh 311 undi.

Nazri, dari Amanah adalah bekas Ketua Bahagian Kejuruteraan di Majlis Perbandaran Muar. Beliau mendapat 3,514 majoriti undi.

Jumlah peratusan yang keluar mengundi adalah 60.85 peratus.

Nazri ketika ditemui media selepas diumumkan memenangi kerusi tersebut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Simpang Jeram di atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

“Terima kasih kerana memilih saya untuk menjadi wakil mereka di DUN Simpang Jeram. InsyaAllah saya akan berusaha membantu mereka sepanjang satu penggal saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“InsyaAllah saya akan berjumpa pengundi esok untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. Tanpa sokongan mereka siapalah saya,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada jentera parti yang berusaha keras sepanjang kempen bagi membantu kemenangannya.

“Kemenangan ini bukan kemenangan saya seorang. Ini kemenangan secara berpasukan. Pilihan raya ini adalah gabungan PH dan Barisan Nasional (BN).

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua jentera di pihak PH-BN. Tanpa kerja keras mereka saya takkan dapat kemenangan sebegini,” katanya.

Ditanya sama ada kemenangan itu sekali gus mematikan stigma kerjasama PH-BN ditolak, Nazri berkata, mungkin (andaian) begitu.

“Kalau betul InsyaAllah begitu jadinya,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin berjaya mempertahankan DUN Simpang Jeram buat penggal kedua pada PRN Johor tahun lalu, apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN,  Zarul Salleh (6,350 undi), calon BN, Lokman Md Don (6,062) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Mahaizal Mahmor dengan 208 undi. – 9 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related