◉ HEADLINES

Azah Aziz beraksi di pentas peragaan selepas 13 tahun, netizen terpukau kejelitaannya

Kelibat pelakon dan model terkenal 90-an itu muncul di pertunjukan fesyen di Menara Kuala Lumpur malam Sabtu, dengan memperagakan busana rekaan Rizman Ruzaini

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas 13 tahun tidak beraksi di pentas peragaan, aktres dan peragawati terkenal 90an, Azah Aziz, 50, kembali beraksi sebagai model untuk pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.

Azah dipilih sebagai seorang daripada model untuk pertunjukan fesyen Tower Fashion Eleganza Kuala Lumpur di atas Menara Kuala Lumpur, malam Sabtu.

“Saya masih tidak percaya dapat melakukan pertunjukan fesyen ini sebagai penampilan pertama saya selepas membuat kemunculan semula. Terima kasih Rizman Ruzaini kerana memilih saya.

“Lama saya tak ‘catwalk’. Kali terakhir pada tahun 2010. Tak sia-sia saya selalu berlatih ‘catwalk’ dengan kawan-kawan yang akhirnya membawa saya ke acara pertunjukan fesyen ini. Nervous (gementar) lah juga,” tulisnya di Instagram.

Selain Azah, acara berkenaan turut disertai barisan ‘supermodel’, seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Tinie dan Thanuja Anathan.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai netizen terpesona dengan kejelitaan wajah Azah yang kekal muda pada usianya kini.

Mereka juga memintanya supaya kembali berlakon kerana merindui lakonannya.

Ia termasuk soalan ditanyakan pengarah drama terkenal, Sharulezad yang ingin mengetahui bilakah Azah mahu berlakon di bawah arahannya.

Netizen juga meminta Azah Aziz kembali berlakon kerana merindui lakonannya – Tangkapan layar, 10 September, 2023

Azah kini kembali menetap di Malaysia selepas lebih 20 tahun tinggal di Montreal, Kanada bersama suami dan tiga orang anak lelakinya. – 10 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related