◉ HEADLINES

DNAA Zahid: JKPK akan panggil 2 Peguam Negara beri penjelasan

Malah satu laporan akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat sebaik selesai prosiding tersebut

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil Peguam Negara bagi memberi penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen selaku Pengerusi JKPK itu berkata, satu laporan akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat sebaik selesai prosiding.

“Saya akan panggil kedua-dua Peguam Negara untuk beri penjelasan.

“Kita (JKPK) akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya ketika bangun mencelah semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh Peguam Negara akan dipanggil jawatankuasa itu.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen pembangkang sebaik Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mempengerusikan sidang Dewan Rakyat pada jam 11.30 pagi tadi.

Johari menjelaskan usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) ditolak semalam kerana terdapat tempoh enam hari pada sidang khas Parlimen kali ini untuk membincangkan perkara itu.

Beliau berkata, usul itu ditolak semalam juga bersandarkan keputusan terdahulu pernah dibuat bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Julai 2021 berkait isu proklamasi darurat. – 12 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Making sex jokes at work may constitute sexual harassment, court rules

Sarawak Industrial Court upholds Maybank’s dismissal of officer found guilty of sexual harassment

◉ Related