◉ HEADLINES

Malaysia tekad dapatkan kembali dana 1MDB daripada Goldman Sachs: PM

Tidak ada tempoh masa untuk mendapatkan kembali dana tersebut kerana skandal 1MDB itu telah berlarutan sejak sekian lama

9:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Goldman Sachs.

Anwar berkata tidak ada tempoh masa untuk mendapatkan kembali dana tersebut kerana skandal 1MDB itu telah berlarutan sejak sekian lama. 

“Tetapi saya fikir saya akan menyampaikan jelas kepada Goldman Sachs bahawa kita perlu menamatkan perkara ini. Tetapi ia bergantung kepada mereka. Mereka perlu bersedia. Mereka tidak boleh mengelak.

“Anda boleh katakan yang kami tidak stabil dari segi politik yang anda boleh biarkan begitu sahaja dan tidak masuk campur. Bukan begitu. Kami tidak akan berhenti di situ, kerana ia bukan wang saya,” katanya semasa sesi khas ‘A Conversation with the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin pada Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura. 

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya sejauh mana beliau sanggup berusaha mendapatkan kembali dana itu sekiranya Goldman Sachs tidak memberikan kerjasama.

Anwar menegaskan kerajaan mahu mengembalikan semula dana itu kepada rakyat bagi tujuan menyediakan keperluan pendidikan, kesihatan awam dan kemudahan asas kepada mereka. 

Justeru, katanya, Goldman Sach tidak boleh bersikap tidak acuh mengenai perkara tersebut. 

“Sehingga sekarang, Goldman Sachs tidak begitu memberikan kerjasama. Jadi saya akan berada di New York minggu depan, saya akan bertegas. Sekurang-kurangnya mereka perlu berunding apa yang menjadi masalah.

“Ia telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu. Saya ada isu yang perlu dibangkitkan, dan sesetengah isu boleh diselesaikan secara baik. Saya fikir ia tidak perlu dipanjangkan.

“Kami mungkin sebuah negara kecil, tetapi anda tidak boleh memperdayakan kami,” katanya. – 13 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related