◉ HEADLINES

Laporan awal tragedi Elmina dikeluarkan esok: Anthony

Beliau berkata, laporan itu akan dimuatnaik di laman web Kementerian Pengangkutan selewat-lewatnya 10 pagi

10:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan awal tragedi nahas pesawat Elmina akan dikeluarkan esok, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, ia selari dengan ramalan dan harapan beliau agar laporan itu dibentangkan kepada umum sebelum Hari Malaysia 16 September ini.

“Semua fakta (kemalangan) akan ada dalam laporan esok.

“Kami akan memuat naik laporan itu di laman web (Kementerian Pengangkutan) kami selewat-lewatnya jam 10 pagi esok,” katanya semasa melancarkan tiga koc baharu LRT Laluan Kelana Jaya.

Pada 17 Ogos lalu, sebuah pesawat persendirian terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, mengakibatkan 10 individu maut, termasuk dua kru, enam penumpang, seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu.

Pesawat itu terhempas dua minit sebelum dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Manakala, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia memaklumkan, pesawat berkenaan tidak membuat sebarang panggilan sebelum nahas itu.

Pada 29 Ogos, Loke berkata, pakar Amerika Syarikat (AS) memperoleh data daripada kotak memori, mengandungi rakaman suara 30 minit terakhir penerbangan sebelum nahas.

Terdahulu, pakar di Singapura tidak dapat memperoleh data itu kerana ‘isu dan kekangan teknologi’.

Sementara itu, Loke berkata, koc LRT baharu itu akan memberi manfaat kepada penumpang dengan mengurangkan masa menunggu daripada 4.4 minit kepada 3.8 minit.

Menjangkakan tiga lagi koc dilancarkan menjelang akhir tahun ini, beliau berharap masa menunggu tahun depan, dikurangkan lagi kepada tiga minit.

Tambah Ahli Parlimen Seremban itu, koc baharu terbabit juga boleh mengurangkan faktor muatan setiap koc daripada 125 peratus yang melebihi kapasiti kepada 110 peratus. – 14 September 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related