◉ HEADLINES

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga mengeluh, jualan berkurangan dan terjejas akibat Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru di sini, kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang diadakan semalam.

Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung minggu mereka akan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding hari biasa namun disebabkan kawasan berkenaan menjadi tempat berkumpulnya peserta himpunan, maka mereka mengalami kekurangan pelanggan.

Salah seorang peniaga, Ilyas Ilyanus, 61 kesal dengan tindakan penganjur himpunan itu kerana tidak mengambil kira keadaan peniaga yang selalunya akan memperoleh lebih pendapatan pada hujung minggu, berbanding hari bekerja.

Ilyas Ilyanus, 61 kesal dengan tindakan penganjur himpunan berkenaan kerana tidak mengambil kira keadaan peniaga – Aiman Sadiq/Scoop, 17 September, 2023

Menurut peniaga air soya itu, orang ramai juga dilihat tidak berani untuk mendekati kawasan masjid selepas polis memberi amaran agar orang awam tidak menyertai himpunan itu.

“Selalunya kalau waktu dalam pukul 5.30 petang di hujung minggu, saya dah boleh balik sebab jualan saya sudah habis namun apabila ada himpunan sebegini, perniagaan menjadi tidak laku yang akhirnya saya mengalami kerugian.

“Saya akan menjual satu tong air soya dengan 150 bekas taufufa setiap hari. Kalau dilihat, masih ada dalam 10 bekas lagi dan air soya saya masih tidak habis dijual. Sepatutnya perhimpunan sebegitu tidak dilakukan di kawasan tumpuan orang ramai,” katanya kepada Scoop ketika ditemui di sini.

Semalam Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia anjuran Perikatan Nasional (PN) telah diadakan dengan kawasan perhimpunan adalah di Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks Beli Belah Sogo.

Sementara itu, peniaga takoyaki, Suzana Arif, 40, pula berpandangan pihak berkuasa seharusnya tidak memberikan kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan himpunan tersebut.

Suzana Arif, 40, pula berpandangan pihak berkuasa seharusnya tidak memberikan kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan himpunan tersebut – Aiman Sadiq/Scoop, 17 September, 2023

Suzana berkata, jika penganjur ingin membuat perhimpunan maka mereka sepatutnya memilih kawasan lapang yang tidak menganggu lalu lintas dan tempat tumpuan ramai, apatah lagi semalam adalah Hari Malaysia.

“Sudahlah kalau hari bekerja, tidak ramai yang datang membeli jualan saya dan selalunya hujung minggu menjadi sasaran peniaga di sini untuk mendapat pendapatan lebih.

“Namun saya rasa hanya dua tiga orang datang membeli takoyaki, itu pun dalam kalangan peserta yang menyertai himpunan tersebut,’’ katanya.

Abdul Manap Zainal, 70, tidak setuju apabila Masjid Jamek itu menjadi tempat berhimpun – Aiman Sadiq/Scoop, 17 September, 2023

Sementara bagi Abdul Manap Zainal, 70, yang menjual air kelapa, meskipun pendapatannya meningkat dua kali ganda disebabkan cuaca panas, namun dia tidak setuju apabila Masjid Jamek itu menjadi tempat berhimpun.

“Bagi saya ia adalah salah. Jangan ulangi lagi, sila elakkan tempat ibadat walau apa agama sekali pun,” katanya. – 17 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

MRT Corp awards RM3.03b Penang Mutiara Line systems contract to MRCB-Theta Edge JV

The appointment of the System Turnkey Contractor marks the next major phase of the Penang Mutiara Line, allowing railway systems design to progress in tandem with ongoing civil works

◉ Related