◉ HEADLINES

Dapur kotor, untung saja ke penting soal, DBKL kepada peniaga

Tiga premis diarah tutup selepas didapati dalam keadaan kurang memuaskan semasa operasi dijalankan

8:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kotor dan menjijikkan. Begitulah keadaan dapur di beberapa premis makanan dan minuman di sekitar Bukit Bintang di sini semasa Operasi Penguatkuasaan Malam dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jumaat lalu.

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, tiga premis diarah tutup selepas didapati dalam keadaan kurang memuaskan semasa operasi dijalankan.

“Sebanyak 19 premis diperiksa dalam operasi itu dengan 18 premis beroperasi manakala sebuah lagi premis tidak beroperasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016,” katanya.

Bahagian bawah dapur amat kotor dan menjijikkan. – Gambar Facebook DBKL, 18 September, 2023

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 29 kompaun turut dikeluarkan dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

“Tindakan dikenakan ke atas pelbagai kesalahan, khususnya berkaitan pengendalian bahan mentah, peralatan masakan serta kebersihan premis.

“Secara keseluruhannya, tahap kebersihan di permis makanan dan minuman yang diperiksa masih kurang memuaskan,” katanya.

Pada masa sama, DBKL berkata, kebanyakan pemilik premis makanan masih mengambil ringan soal kebersihan di premis mereka.

“Kalau anda lalu bahagian belakang premis tersebut, boleh menyebabkan hilang selera makan rasanya.

“Justeru, kita sarankan elok pelanggan perhatikan juga rating kebersihan premis yang dikunjungi. Pilihan di tangan anda,” katanya. – 18 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related