◉ HEADLINES

Tiada keperluan wakil rakyat Muda kosongkan kerusi: Syed Saddiq

Katanya, ia kerana tindakan Muda menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, tidak menyalahi peruntukan perundangan di negara ini

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tiada keperluan bagi mana-mana wakil rakyat daripada parti itu mengosongkan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, tindakan Muda menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan minggu lalu, tidak menyalahi mana-mana peruntukan perundangan di negara ini.

Katanya, tindakan itu dibuat secara en-bloc, selari peruntukan mengikut Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

“Kerjasama antara Muda dan Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU-15 dibuat berdasarkan ‘electoral pack’ (pakatan pilihan raya), ia ditandatangani sebelum pilihan raya. Jadi (keputusan dibuat) berlandaskan Perlembagaan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta pihak yang terus mendesak pemimpin dan ahli Muda mengosongkan kerusi supaya ‘cermin diri’ mereka dahulu.

“Sebab itu berkenaan soal ini yang diungkap berkali-kali, kalau nak saya kosongkan kerusi, cermin diri dahulu.

“Mereka yang menjanjikan kepada rakyat, dipilih oleh rakyat dan mendapat mandat berdasarkan platform integriti lawan rasuah, tidak boleh gugur kes sebelum dipilih.

“Kalau berani, pergi balik kepada rakyat, kalau mereka dipilih sebelum pilihan raya mereka janjikanlah, menang kita gugurkan kes (rasuah), (kita lihat) mereka akan terpilih atau tidak,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar berkenaan berharap akta baharu diwujudkan yang mewajibkan pengagihan peruntukan Parlimen adil kepada semua tidak kira kepada ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang.

“Sebab itu saya konsisten, bukan saja bila jadi pembangkang, tapi bila dalam kerajaan pun saya bangkitkan persoalan sama.

“Dalam politik ada naik turun, kalau kita hukum pembangkang, pada masa akan datang dengan ketentuan Allah kita jadi pembangkang juga, takkanlah lah kita nak dilayan sebegitu.

“Dengan ini saya berharap kita dapat menginstitusikan akta baharu yang mewajibkan pengagihan peruntukan Parlimen adil kepada semua, tidak kira kerajaan atau pembangkang,” katanya. – 18 September, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

◉ Related