◉ HEADLINES

PM dengar rintihan Zaiton, bakal terima bantuan JKM

11:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi veteran Zaiton Sameon yang mengalami gejala hilang ingatan sementara selepas terlibat dalam kemalangan sekitar 1990.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang beliau utuskan untuk  berkunjung ke rumah Zaiton di Ampang.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera menyelesaikan bantuan warga emas kepada beliau (Zaiton),” kata Anwar.

Kemalangan yang menimpa Zaiton pada 1990 turut meragut nyawa anak tunggalnya.

Zaiton, 67, baru-baru ini dilaporkan media memohon bantuan kewangan bulanan JKM kerana hidup sebatang kara dengan menumpang di rumah anak angkatnya dan kurang mendapat tawaran menyanyi. – 19 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related