◉ HEADLINES

Bekalan beras putih tempatan dijangka stabil dalam masa sebulan

Pengilang, pemborong dan peruncit bersetuju memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara

1:29 PM MYT

 

KEPALA BATAS — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan beras putih tempatan di pasaran akan kembali stabil dalam masa sebulan susulan pelbagai langkah intervensi dan pemantauan berterusan dilakukan kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata hasil libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara yang melibatkan pengilang, pemborong dan peruncit bersetuju memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara. 

“Melalui PKBPT, pengilang akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan beras putih tempatan untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.

“Kita juga akan membuat intervensi di mana terdapat kekurangan, kemudian kita akan tampung melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena, iaitu inisiatif di bawah seliaan LPP dalam PKBPT bagi tujuan pengedaran beras putih tempatan kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya.

Mohamad berkata kaedah intervensi itu dilakukan ketika kekurangan bekalan ayam dan telur sebelum ini. 

Dalam pada itu beliau berkata Peladang Outlet di sini hari ini akan menjual 2,000 kampit beras pada harga RM26 untuk 10 kilogram.

Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim yang turut hadir pada program berkenaan berkata bermula April hingga Ogos 2023, sebanyak 62 program telah dilaksanakan di Pertubuhan Peladang seluruh negara yang mencatat hasil jualan sebanyak RM742,361.50 dan kehadiran pengunjung seramai 45,850 orang.

“LPP menyasarkan hingga Disember 2023, nilai jualan sebanyak RM1.59 juta diperoleh menerusi pelaksanaan Jualan Agro MADANI dengan anggaran pengunjung seramai 53,000 orang,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 40 Peladang Outlet di seluruh negara dipilih untuk menjadi lokasi pengedaran beras putih tempatan dengan menyasarkan 300 tan metrik beras putih tempatan dijual pada harga kawalan bagi menstabilkan bekalan di seluruh negara.

Program hari ini turut disertai 25 gerai Jualan Agro MADANI yang menawarkan barangan keperluan asas kepada masyarakat setempat pada harga yang berpatutan dengan penjimatan hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga jualan di pasaran setempat. – 20 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related