◉ HEADLINES

Polis giat buru lelaki halang tugas penjawat awam

Kenderaan suspek bukan sahaja melanggar kenderaan awam dan kenderaan polis, tetapi terus melarikan diri

7:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis masih mempergiatkan usaha mengesan seorang suspek kes menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dalam kejadian di Jalan Danau Saujana, Setapak di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan berkenaan juga, sudah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan itu.

Menurutnya, sekiranya didapati bersalah, suspek berusia 25 tahun itu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Sekiranya didapati bersalah, suspek berusia 25 tahun itu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya – Gambar PDRM

“Pada 12 September 2023 jam lebih kurang 11.16 malam, anggota polis dari Balai Polis Setapak yang membuat rondaan dengan menggunakan kenderaan pasukan di Jalan Danau Saujana, Setapak, melihat sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika anggota polis hendak membuat pemeriksaan ke atas kereta tersebut, tiba-tiba kenderaan itu mengundur dan terlanggar sebuah kereta di hadapannya. Kemudian kereta tersebut mengundur lagi dan terlanggar pintu kenderaan pasukan. Seterusnya kereta tersebut terus melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pihak polis memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek yang masih bebas itu, menghubungi Pegawai Penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju, iaitu Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 /03-92899222.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan menerusi talian Hotline Polis Kuala Lumpur, 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – 20 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related