◉ HEADLINES

Didakwa hisap vape di Parlimen: Ikmal Hisham pertimbang ambil tindakan undang-undang

Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat pegawainya di IPD Dang Wangi, petang ini

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan didakwa menghisap rokok elektronik ketika di dalam sesi Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jurugambar Perdana Menteri yang membuat dakwaan itu.

Beliau berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang ini.

“Kita akan buat (tindakan undang-undang).

“Kenyataan media akan dikeluarkan sejurus laporan polis tersebut selesai,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, tular gambar memaparkan foto Ikmal Hisham dengan aksi seolah-olah sedang menghisap vape ketika berjalan keluar dari ruang persidangan Dewan Rakyat, susulan tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meninggalkan kerusi masing-masing sebagai tanda protes selepas seorang wakil rakyat mereka, Radzi Jidin diarah berbuat demikian.

Arahan terhadap Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kerana pemimpin politik itu gagal mematuhi arahan supaya duduk dan berhenti mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik balik satu kenyataan dibuat terhadapnya kerana didakwa sebagai tuduhan jahat.

Pada prosiding penggulungan mengenai Kajian Semula Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Parlimen itu, Anwar cuba menjelaskan isu keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menerima bantahan dan pertikaian pembangkang.

Namun, ucapannya diganggu beberapa kali Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Radzi sehingga Anwar mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin itu.

Berhubung fotonya yang tular itu, Ikmal Hisham kemudian tampil menafikan beliau menghisap vape di dalam Dewan Rakyat, sebaliknya menegaskan, objek terbabit adalah sebatang pen dikepitkan di mulut.

“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah perokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.

Foto itu tular di media sosial selepas jurugambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Sadiq Asyraf dipercayai memuat naiknya, dengan keterangan mengundang perbalahan dan kecaman netizen kerana pemimpin berkenaan dianggap tidak menghormati Dewan Rakyat.

“Betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan,” tulis kapsyen di foto dimuat naik itu.

Parlimen adalah kawasan larangan merokok, kepada mana-mana individu, termasuk wakil rakyat,

Justeru, sekiranya disabit bersalah, individu terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 41 (D), iaitu seseorang ahli tidak boleh merokok di Dewan Mesyuarat. – 22 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related