◉ HEADLINES

KPM bersedia hadapi musim tengkujuh

Ujarnya, kementerian itu sudah menyiapkan sebahagian besar mekanisme, termasuk sekolah yang akan terlibat dengan PPS sekiranya diperlukan

2:56 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM sentiasa berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan bekerjasama dalam menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bencana banjir.

“Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi banjir kerana ini adalah tanggungjawab dan rutin kita.

“Jawatankuasa penyelaras juga sudah berbincang dan Pusat Pantauan Banjir bersedia menghadapi musim tengkujuh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Multidimensi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Aceh di sini, hari ini.

Beliau berkata, KPM sudah menyiapkan sebahagian besar mekanisme, termasuk sekolah yang akan terlibat dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekiranya diperlukan.

Semalam, tiga negeri iaitu Perak, Sabah dan Sarawak dilanda banjir, sehingga ratusan mangsa yang terjejas terpaksa dipindah ke PPS.

Pada masa sama, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, KPM sebenarnya mempunyai garis panduan bahawa setiap guru yang ingin menghukum pelajar harus mempunyai dua orang saksi.

Katanya, semua guru harus mematuhi garis panduan itu untuk menjatuhkan hukuman terhadap pelajar.

“Kami mempunyai garis panduan betul, jadi kami mahu semua pihak memastikan bahawa garis panduan itu dipatuhi,” katanya.

Fadhlina berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan badan bukan kerajaan (NGO) bahawa setiap guru yang ingin menjatuhkan hukuman terhadap pelajar, harus mempunyai seorang saksi.

Jumaat lalu, dilaporkan seorang guru sekolah rendah didakwa menampar pipi kiri seorang murid, selepas berang kanak-kanak itu tidak menemukan surat dikehendaki dalam kejadian di sebuah sekolah di Klang, Selangor. – 24 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related