◉ HEADLINES

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Apec 2023 di AS November ini

Selain mesyuarat pemimpin Apec, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden

11:39 PM MYT

 

NEW YORK – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.

Selain mesyuarat pemimpin Apec, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi  mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Google iaitu antara syarikat 500 Fortune yang ditemui di New York, turut meminta untuk bertemu beliau pada acara Apec tersebut.

Apec yang ditubuhkan pada 1989, merupakan satu forum ekonomi serantau bagi memanfaatkan kebergantungan yang saling meningkat di Asia Pasifik.

Tema Apec kali ini adalah ‘Creating a Resilient and Sustainable Future for All’ (Mencipta Masa Depan Berdaya Tahan dan Mampan Untuk Semua).

Selain itu, 21 anggota Ekonomi Apec menyumbang hampir 40 peratus daripada penduduk global atau hampir 50 peratus daripada perdagangan global serta lebih 60 peratus eksport barangan AS.

Negara anggota Apec tersebut adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam. – 24 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related