◉ HEADLINES

Tirai GV All Stars dibuka: 3 hos, 6 peserta hot seats

Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein diberikan tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai hos GV All Stars yang bakal menyaksikan 16 peserta berentap bagi merebut gelaran juara

9:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gegar Vaganza (GV) All Stars untuk musim ke-10 yang membuka tirai malam tadi, menyaksikan tiga hos dikembalikan, iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.

Pada minggu pertama acara itu juga, enam peserta hot seats yang diundi penonton turut diperkenalkan buat pertama kali semalam.

Nabil Ahmad, Jihan Muse (tengah) dan Elly Mazlein menjadi hos trio mengendalikan pentas GV All Stars. – Gambar Astro, 25 September, 2023

Mereka ialah Tomok, Suki Low, Zamani, Nikki Palikat, Ezad Lazim dan Liza Hanim.

Keenam-enam peserta hot seats itu, bakal berentap bersama 10 juara GV dari musim terdahulu termasuklah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hardy Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor. 

Minggu pertama menyaksikan Naqiu muncul sebagai peserta yang meraih markah tertinggi, dengan 80.75 peratus daripada ketiga-tiga juri professional, iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Persembahan bertenaga dan hebat Naqiu menyanyikan lagu Di Bawah Pohon Asmara dengan cara tersendiri menyaksikannya menerima markah paling tinggi pada minggu pertama GV All Stars malam tadi. – Gambar Astro, 25 September, 2023

Naqiu berjaya menyampaikan lagu Di Bawah Pohon Asmara nyanyian asal Jaclyn Victor dengan caranya yang tersendiri.

Tempat kedua pula menjadi milik peserta hot seat, iaitu Liza Hanim yang memperoleh markah sebanyak 79 peratus selepas membuat persembahan bertenaga menerusi lagu Jangan Kau Mimpi daripada Allahyarham Siti Sarah. 

Jaclyn Victor berada di kedudukan ketiga, Nikki Palikat keempat dan Hardy Mirza kelima, manakala Cliff Umar menjadi peserta dengan markah tercorot di tempat  ke-16. 

GV All Stars akan disiarkan secara langsung setiap Ahad pada jam 9 malam di saluran Astro Ria selama 12 minggu berturut-turut. – 25 September 2023

Topics

 

◉ Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related