◉ HEADLINES

Tiada dalam GV10, Shila Amzah sertai Famili Duo ? 

Wajah Shila Amzah dan adiknya Syahir muncul dalam video promo terbaru di akaun media sosial sebuah stesen televisyen sekali gus mengundang tekaan ramai berhubung pembabitan mereka dalam Famili Duo

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak tersenarai dalam barisan ‘hot seats’ untuk Gegar Vaganza musim ke-10, (GV10) penyanyi popular Shila Amzah dikatakan bakal menyertai program Famili Duo yang disiarkan di TV3.

Wajah Shila dan adiknya Syahir telah muncul dalam promo terbaru di akaun media sosial TV3. Biarpun tidak mendedahkan butir lengkap, namun ramai netizen meneka bahawa dua beradik itu bakal muncul dalam program Famili Duo.

Famili Duo dikhabarkan akan bersiaran tidak lama lagi, dan barisan peserta untuk musim ketiga akan diumumkan pihak produksi dalam masa masa terdekat. 

Sebelum ini ramai peminat Shila yang kecewa apabila namanya tidak tersenarai di antara enam peserta ‘hot seats’ GV10 yang telah pun bersiaran sejak Ahad lepas. Mereka yang terpilih menerusi undian dalam talian ialah Tomok, Zamani, Ezad Lazim, Nikki Palikat, Suki Low dan Liza Hanim. 

Jika benar Shila dan adiknya bakal menyertai Famili Duo, pastinya musim kali ini akan jadi lebih menarik untuk ditonton. – 27 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related