◉ HEADLINES

Ahmad Shapawi tamat perkhidmatan di MSN

Beliau yang menyambut ulang tahun kelahirannya, hari ini,  telah meneraju MSN bermula 2014 menggantikan Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong

7:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersara wajib secara rasmi hari ini selepas 35 tahun menyumbang bakti dan tenaganya bersama dengan agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu.

MSN, dalam satu hantaran di laman Facebooknya, mengucapkan terima kasih di atas jasa dan dorongan yang diberikan oleh Ahmad Shapawi, 60, sepanjang berbakti sejak tahun 1988. 

“Selamat menempuhi alam persaraan, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta,” menurut hantaran itu.

Ahmad Shapawi, yang menyambut ulang tahun kelahirannya, hari ini,  telah meneraju MSN bermula 2014 menggantikan Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengucapkan selamat bersara kepada Ahmad Shapawi sekali gus menyifatkan beliau merupakan pemimpin yang berpengetahuan besar ketika menggalas jawatannya.

“Terima kasih Datuk Ahmad Shapawi kerana banyak berkongsi pengalaman di KBS. Hari ini, MSN kehilangan sumber pengetahuan dan kepimpinan mereka selama ini.

“Happy birthday Datuk Shapawi dan semoga Datuk menikmati kualiti masa persaraan ini bersama Datin, anak-anak dan cucu!

“Saya telahpun berkongsi pandangan peribadi saya tentang persaraan beliau kepada kepimpinan tertinggi Kementerian, semalam. Dengan linangan air mata. Beliau akan terus dirindui,” kata Hannah dalam hantaran di Facebooknya.

Ahmad Shapawi memulakan khidmatnya dengan MSN sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 1988 hingga 1996, Pengarah Bahagian Persediaan Antarabangsa (1996-2005), Pengarah Bahagian Dasar (2005-2007) dan Pengarah Bahagian Atlet (2007-2012).

Beliau kemudian bertukar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN) dari 16 Jun 2012 hingga 16 Jun 2013 sebelum dilantik selaku Pesuruhjaya Sukan dari 17 Jun 2013 hingga 18 Dis 2014. – 28 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related