◉ HEADLINES

Mohd Nasri dilantik Pemangku Pengarah JSPT: Ayob Khan

Pelantikannya bagi menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang berpencen wajib esok

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar dilantik sebagai pemangku pengarah jabatan berkenaan, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Nasri adalah bagi menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang berpencen wajib esok.

Majlis serah terima tugas Pengarah JSPT disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Ayob Khan dalam ucapannya berkata, berbekalkan ilmu serta pengalaman luas dimilikinya, Mohd Nasri diyakini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan dengan sempurna. 

Mat Kasim menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1988 sebagai Inspektor Percubaan dan berkhidmat selama lebih 35 tahun.

Antara jawatan pernah disandangnya adalah Ketua Unit Databank/DNA; Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) di Jabatan Logistik dan Teknologi; Ketua Polis Melaka serta Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman. – 29 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related