◉ HEADLINES

Keputusan PM serah semula aset bukti komitmen tak berbelah bahagi martabat TH: Na’im

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus melonjakkan TH dengan tadbir urus integriti dan profesional, demi menjaga kepentingan umat Islam serta pendeposit

3:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH), seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibuat selepas mengambilkira keupayaan dan kestabilan kewangan institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, ia juga susulan kejayaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk menyerahkan semula aset Lembaga TH yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan (MoF) pada tahun 2018.

“Keputusan diambil kerajaan adalah mengambilkira keupayaan dan kestabilan kewangan TH sekarang setelah kejayaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, TH akan memulakan perbincangan secara rasmi bersama pihak MoF untuk langkah pentadbiran pengambilan semula aset instituasi berkenaan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk melonjakkan TH dengan tadbir urus integriti dan profesional demi menjaga kepentingan umat Islam serta pendeposit.

“Keputusan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk memartabat TH selaku institusi berdaya saing serta model pengurusan terbaik yang menghayati nilai Islam,” katanya.

Semalam, Anwar ketika bercakap kepada media pada Majlis Pelancaran Ulang Tahun ke-60 Lembaga TH di Menara TH, di sini memaklumkan MoF akan menyerahkan semula aset TH yang sebelum ini diletakkan di bawah syarikat tujuan khas (SPV).

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil kerajaan berikutan prestasi kewangan TH semakin baik, selain kemampuannya untuk menguruskan masalah berbangkit memuaskan pihak MoF.

“Saya teliti perkembangan, saya beritahu daripada awal bila (MoF) ambil alih jawatan ini, sebaik TH diurus baik dan meyakinkan, maka Kementerian Kewangan akan memulakan perbincangan untuk serahkan semua aset yang kini diamanahkan kepada SPV.

“Bila saya teliti keyakinan awam, pengurusan cekap, berintegriti dan diyakini, tiada sebab Kementerian Kewangan tak dapat bincang serta serah semula supaya aset dipegang akan diserah semula kepada TH,” katanya.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyerahan semula berkenaan, turut membuktikan dakwaan pihak tertentu, kononnya aset TH yang diletakkan di bawah SPV sudah diserah kepada pemilikan bukan Islam adalah tidak benar sama sekali.

Pada 11 Disember 2018, TH mengumumkan pemindahan aset tidak menguntungkan hampir RM19.9 bilion kepada SPV bagi memantapkan semula kedudukan kewangannya.

Aset dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti. – 30 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related