◉ HEADLINES

NRECC tetapkan wakil belia dalam panel perundingan perubahan iklim

Suara orang muda ialah komponen yang sangat diperlukan dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar iklim

8:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menetapkan seorang wakil belia untuk menyertai Panel Perundingan Perubahan Iklim, bagi mengiktiraf kepentingan penglibatan golongan muda dalam membentuk masa depan planet ini.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata suara orang muda ialah komponen yang sangat diperlukan dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar iklim kerana minat, inovasi dan perspektif baharu mereka adalah penting dalam mencari penyelesaian bagi negara menuju ke arah laluan yang lebih hijau.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan wakil belia itu pada 25 Sept lepas berkata kementerian teruja dengan kerjasama untuk menangani isu perubahan iklim.

“Hakikatnya ialah perjuangan menentang perubahan iklim akan menang atau kalah dengan golongan muda. Semasa saya membesar, perubahan iklim mungkin tidak berlaku di mana-mana seperti sekarang. Tetapi, saya ingin berfikir bahawa untuk generasi saya, keperluan untuk melindungi alam sekitar semakin menyedarkan kita.

“Akhirnya hari ini, pada era semasa, kita mendapati bahawa perubahan iklim ialah kebimbangan mendesak yang tidak dapat dinafikan, termasuk dalam kalangan orang muda Malaysia,” katanya ketika melancarkan siri SAFE STEPS Kids Climate Change di sini hari ini.

Beliau berkata Tinjauan Perubahan Iklim Belia Kebangsaan Malaysia 2020 oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan EcoKnights mendapati 92 peratus remaja yang terlibat dalam tinjauan itu menunjukkan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap perubahan iklim.

” … dan terdapat persetujuan antara belia bahawa perubahan iklim sedang berlaku. Sembilan daripada 10 belia berkata mereka mengambil tindakan individu untuk menangani perubahan iklim.

“Perubahan iklim memerlukan tindakan segera, bukan sahaja daripada kita tetapi juga generasi yang akan mewarisi akibat daripada tindakan atau kegagalan kita. Kita perlu memperkasakan anak-anak untuk mengambil langkah bermakna dalam menangani cabaran global ini,” katanya.

Oleh itu, Nik Nazmi berkata kementerian mengiktiraf kepentingan penyesuaian perubahan iklim, merangkumi strategi yang bertujuan mengurangkan perubahan iklim, melindungi komuniti yang mudah terjejas dan mengutamakan keperluan kanak-kanak.

“Pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan akan memfokuskan kepada pengukuhan daya tahan masyarakat, dengan satu daripada matlamatnya adalah untuk meminimumkan kesan buruk perubahan iklim terhadap kanak-kanak,” katanya.

Berkenaan siri SAFE STEPS Kids Climate Change, beliau berkata ia akan menyediakan penjelasan tentang perubahan iklim yang ringkas dan mudah difahami menerusi watak yang digemari dalam Cartoon Network, memanfaatkan karakter kartun yang disukai untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan mesej ringkas dan mendidik kepada kanak-kanak.

Siri itu dijangka menjangkau lebih 20 juta isi rumah di seluruh Asia melalui Cartoon Network. – 30 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related